Brand New Mpkapar Website LAUNCHED!

New Mpkapar New Site

The brand new Mpkapar Website has been Launched!! A much improved website is now born for everyone!

Dont forget to visit www.mpkapar.com and subscribe to the new site HERE

The new website is being continously being improved on so if you have thoughts or ideas, dont forget to drop us a note at admin@mpkapar.com

**This site will be retired in a couple of weeks**

DAULAT TUANKU

YANG DIPERTUAN AGUNG DAN RAJA PERMAISURI AGUNG ,MALAYSIA

AMPUN TUANKU
SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN,

BAGI PIHAK SELURUH RAKYAT PARLIMEN KAPAR, PATIK MELAFAZKAN DOA KESYUKURAN KERANA PADA HARI INI, NEGARA DAPAT MENGADAKAN ACARA SAMBUTAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN KEPUTERAAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG. PATIK MENDOAKAN, SEMOGA TUANKU DAN TUANKU RAJA PERMAISURI AGONG BERADA DALAM KEAFIATAN, BERSEMAYAM DI TAKHTA KERAJAAN DENGAN SEGALA KEBESARAN DAN KEDAULATAN, TERUS BERPERANAN SEBAGAI LAMBANG KEUTUHAN NEGARA – SEBAGAI PAYUNG NEGARA, TEMPAT RAKYAT DAPAT BERTEDUH DI BAWAH NAUNGAN TUANKU, SESUAI DENGAN SEMANGAT RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN. SEMOGA NEGARA DAN RAKYAT YANG BERADA DI BAWAH PAYUNG NAUNGAN TUANKU, AKAN DILIMPAHKAN TUHAN SEGALA KEBERKATAN DAN KESEJAHTERAAN JUA HENDAKNYA.
DAULAT TUANKU 

 

KEMPEN PUNGUTAN DERMA MANGSA NAGRIS dan SICHUAN

PEJABAT AHLI PARLIMEN KAPAR Bersama PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CHAPTER KLANG akan menganjurkan Kempen Pungutan Derma untuk mangsa-mangsa taufan Nagris, Myanmar dan mangsa gempa bumi Sichuan, China.

Tempat   : Hadapan Pejabat Ahli Parlimen Kapar

Masa       : 9.30pagi hingga 8.00 malam

Tarikh    : 9 – 15 June 2008

Kami mengalu-alukan sumbangan barangan makan, minuman tin, selimut dan sebagainya.

Segala sumbangan amat dihargai.

 

SCHEDULED MAINTAINANCE

SCHEDULED MAINTAINANCE :

We are in process of migrating to a new server .

DATE : 7 – 8 JUNE 2008

ANY INCONVENIENCE CAUSED REGRETTED.

 

HADIAH KERAJAAN KEMENANGAN PILIHANRAYA KE-12

40% increase in his income 

Smile,Smile,Smile :41% increase in his income

Pengumuman Kerajaan Barisan Nasional akan kenaikan harga petrol kepada RM 2.70 seliter dan harga diesel kepada RM 2.58 seliter semalam amat memeranjatkan rakyat Malaysia

Kenaikan mendadak ini tidak akan menjejaskan permintaan Minyak dunia sekiraanya Negara  China tidak berbuat demikian dengan kadar yang segera. Inflasi Negara akan berlibat ganda dalam tempuh yang singkat manakala kadar Jenayah juga akan meningkat. Pasaran Eksport barangan buatan Malaysia telah terjejas akibat penurunan dollar Amerika, kini menghadapi cabaran yang lebih teruk. 

Memandangkan “disposable Income” menurun permintaan dalam negeri untuk sektor bukan asas dijangka turut terjejas akibat keputusan mendadak ini.

Apakah ertinya penjimatan RM 4.0 billion kepada Kerajaan apabila keuntungan PETRONAS hampir RM46 billion.  Berdasarkan suatu kajian antarabangsa Kos Angkat “Lifting Cost” iaitu Kos untuk mengeluarkan Minyak dari sumber ke permukaan ialah US$5.26 / tong di Timur Tengah. Petronas melaporkan Jualan Minyak mentah 192.4 million Tong dalam tahun 2007 dengan Jualan RM 45.4 billion, bermakna keuntungan kasar hampir RM37.0 billion dari penjualan Minyak Mentah sahaja.

Apakah ini hadiah kerajaan kerana Kemenangan dalam pilihanraya umum yang lepas. Meraka suka sangat menaikan harga daripada mencari penyelesaian jangka panjang.

MALAYSIA BOLEH , PAK LAH LAGI BOLEH.

CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG

 

 

 

 

 

 

 

Perasmian Projek Ternakan Kerang, Kg Tok Muda, Kapar

Kapar, 3/6/2008 – Y A B Tan Sri Dato Abd Khalid Ibrahim ,Dato’ Menteri Besar Selangor merasmikan Projek Ternakan Kerang di Kampung Tok Muda, Kapar. Projek di bawah Jabatan Perikanan Negeri Selang telah membantu nelayan menambah pendapatan. Seluas 9,700 hektar daripada 41 ribu kawasan kerang Selangor hektar atau 194 lot dibangunkan dahulu dengan melibatkan 1,771 orang nelayan pantai. 

Hadir sama dalam majlis itu ialah Y.B. Dato` Ramli Bin Mahmud , Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Y B Tuan Yaakob Sapari,  Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam Dan Pembangunan Usahawan,  Y B Sdr S Manikavasagam, Ahli Parlimen Kapar, Y.B. Tuan Dzulkefly Bin Ahmad ,Ahli Parlimen Kuala Selangor, Y B Dr Abd Rani bin Osman, Ahli Dewan Undangan Negeri (Meru) , Pn. Thalathiah bt. Hj. Saidin, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Selangor dan Ketua Bahagian PKR Kapar Tuan Hj Bakir.  

Seluas 41,000 hektar kawasan pesisir pantai negeri ini diperuntukkan bagi projek kebun kerang yang dibangunkan secara berperingkat, manakala 26,000 hektar yang lain dikekalkan sebagai kawasan pembenihan kerang secara semula jadi. Tahap pertama membabitkan 194 lot di kawasan seluas 9,700 hektar membabitkan 1,771 nelayan pantai. Projek ini dianggap sangat berpotensi kerana spesies kerang di Selangor, Anadaragramose, diiktiraf terbaik di dunia sehingga ia menjadi rebutan sama ada di negara jiran atau rantau lebih jauh.  

Kawasan Kapar dipilih kerana mempunyai banyak benih kerang terbaik terutama  bulan April dan Disember setiap tahun di garisan pasang surut air laut.  Benih kerang diambil menggunakan tangguk jaring bersaiz kecil semasa air surut bagi memerangkap pelbagai peringkat dan saiz benih yang diperlukan. Selepas itu benih kerang yang telah dikumpul, dikira dan direkodkan akan ditabur di kawasan plot atau dipanggil kebun yang ditetapkan. 

Terdapat dua buah plot yang diberikan oleh Jabatan Perikanan yang setiap satu seluas 50 hektar. Setiap satu plot diuruskan oleh 10 hingga 15 orang nelayan dan mereka perlu memenuhi keperluan pelanggan yang memerlukan purata dua tan kerang sehari. Benih kerang yang telah ditabur akan dibiarkan dan setiap dua bulan kawasan plot perlu digembur bagi membolehkan anak-anak kerang mendapatkan ruang dan makanan yang cukup untuk membesar. Jika terus dibiarkan, kerang tidak boleh bergerak bebas untuk mendapatkan makanan dan menyebabkan tumbesarannya terbantut. 

Biasanya kerang akan dituai selepas 12 hingga 14 bulan selepas benih ditabur di kawasan berkenaan. Menuai kerang bukan kerja mudah memandangkan sebuah bot dengan tiga orang pekerja diperlukan bagi menjalankan operasinya. Dua pekerja menggunakan bakul bagi mengaut kerang yang terdapat di kawasan lumpur di dasar laut.

Selepas dituai, kerang akan dibasuh dan dibersihkan menggunakan mesin bagi mengasingkan sampah sarap. Penggunaan mesin memudahkan kerja-kerja pembersihan yang sebelum ini dilakukan secara manual.

Menggunakan kaedah giliran, mereka akan menuai kerang di satu-satu kawasan selama empat bulan sebelum pindah ke kawasan satu lagi. Plot berkenaan dibahagi kepada beberapa bahagian dengan pancang kayu bagi memudahkan giliran menuai kerang. Ini akan membolehkan kerang membiak semula dan sumber kerang tidak terputus walaupun di luar musim. Biarpun benih kerang hanya didapati dengan banyak dalam bulan April dan November, benih akan dikumpul sebelum disimpan di kawasan plot. Ini penting bagi bekalan kerang sepanjang tahun dan bukan semua kawasan mempunyai benih kerang. Ini memandangkan satu kilogram anak kerang kira-kira 70,000 biji manakala satu kilogram kerang lebih kurang 60 hingga 70 biji.

Selepas setahun beroperasi, Nelayan Kampung Tok Muda boleh menarik nafas lega apabila usaha mereka telah mula membuahkan hasil. Kini mereka boleh menuai hasil sehingga 1.5 hingga dua tan kerang sehari mengikut keperluan. Biarpun tidak menggunakan modal yang banyak bagi tujuan penyelenggaraan tetapi kos mengumpul benih kerang agak tinggi. Kerang mendapat pasaran yang menggalakkan daripada peraih, pemborong dan orang perseorangan yang datang membeli sendiri. Kerang Kampung Tok Muda mendapat pasaran di Pasar Besar Klang, Pasar Kapar, Pasar Pandamaran dan Pasar Shah Alam.

 

Kg Kenangan – Penduduk Tidak Puas Pembahagian Tanah

Kg Kenangan

Kapar – Penduduk -penduduk Kg Kenangan dan Kg Benteng telah menyatakan hasrat ketidakpuas hati mereka terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan melalui surat Pejabat Daerah /Tanah Klang bertarikh 22/2/2008 dengan rujukan (1) dlm PTK 2/119/2007. Penduduk mendakwa surat pemilikan di berikan kepada mereka pada hari pengundian 8/3/2008.

Penduduk-penduduk berkenaan juga tidak  berpuas hati dengan pembahagian tanah kerana : 

a) Sebahagian Tanah di beri kepada ahli keluarga parti kerajaan lepas.

b) Sekelompok dari penerima milik bukan penduduk kampong tersebut

c) Penduduk terpaksa meroboh rumah – rumah kediaman mereka mengikut pembahagian ini. 

Selaku Ahli Parlimen Kapar, saya telah mengutas surat kepada Y A B Dato Menteri Besar Selangor untuk membatalkan arahan tersebut dengan serta-merta. Pejabat Y A B Dato Menteri Besar telah mengarahkan Pejabat Daerah/Tanah Klang untuk mengambil tindakan lanjut. 

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.