KELEKAAN KERAJAAN PUNCA KEBAKARAN SEKOLAH

Bantuan Kecemasan

Bantuan kecemasan di hulurkan oleh YB Sdr S Manikavasagam , ADUN Meru YB Dr Rani ,

Tuan Hj Bakir kepada Penolong Guru Besar Sekolah.

 

KAPAR ,7hb Mei 2008  – Kebakaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Jalan Acob, Kapar  berlaku akibat kelekaan pihak pegawai kerajaan terutamaanya oleh Kementerian Pelajaran.


Adalah difahamkan bahawa pihak sekolah telah membuat aduan bertubi –tubi mengenai kerosakan pendawaian elektrik tersebut pada tahun 2007. Pejabat Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya telah membuat pemeriksaan dan menganggarkan perbelanjaan sebanyak RM 45,000.00 pada bulan Okt 2007.

Walau bagaimanapun tidak ada sebarang tindakan membaiki kerosakkan tersebut di ambil kerana peruntukan daripada Kementerian Pelajaran tidak disalurkan seperti di tuntut oleh Jabatan Kerja Raya.
 

Sikap kelekaan Kementerian Pelajaran telah menyebabkan kerujian lebih besar kepada sekolah yang mungkin menelan beratus ribu untuk di baiki. Selain dari itu, anak murid Negeri Selangor yang MAJU terpaksa berkongsi kelas atau belajar di bawah pokok.


Apakah akan terjadi sekiraanya kebakaran tersebut berlaku seketika anak-anak murid  sedang belajar di bilik darjah tersebut.
Pihak yang terbabit masih tidak mengendahkan kejadian ini, kerana ianya Sekolah Tamil. Mereka masih mengkaji samada sekolah bantuan penuh atau sekolah modal sebelum bantuan di salurkan.


Harap pihak yang terbabit melihat masa depan anak-anak murid ini sebagai antara Anak Malaysia yang bakal mengunjungnya ke puncak.

Jangan kelekaan ini diteruskan seperti yang terjadi kepada SJK Tamil Tepi Sungai ,Klang sehingga Kandang Kuda di jadikan tempat pembelajaran. Peruntukan untuk hanyanya di mulut pemerintah.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: