Pemuda Umno Kapar buat laporan BPR

 
May 27, 08 5:57pm
Pemuda Umno Bahagian Kapar hari ini membuat laporan kepada Badan  Pencegah Rasuah (BPR) meminta badan itu menyiasat kemungkinan wujud unsur tertentu yang mempengaruhi proses tawaran tender untuk projek penyenggaraan landskap di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK).
    
Seramai 10 wakil pergerakan itu yang diketuai oleh Setiausahanya, Nor Azizi Ishak membuat laporan berkenaan di pejabat BPR negeri di Shah Alam jam 11 pagi tadi.
    
Seorang ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Kapar, Mohd Roslee Abdul Rahman berkata mereka membuat laporan itu berikut berlaku perubahan pada  tarikh tutup tender berkenaan yang telah dilanjutkan dari semalam (26 Mei) kepada 19 Jun ini tanpa sebarang notis.
    
Sepatutnya notis mengenai lanjutan tarikh tutup permohonan itu diberitahu lebih awal menerusi akhbar,  katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu, demikian menurut laporan Bernama.
    
Beliau mendakwa ada di antara kontraktor yang menghantar borang permohonan tawaran tender itu terkejut apabila diberitahu oleh pihak MPK bahawa tarikh tutup permohonan tender itu telah dilanjutkan.
    
Mohd Roslee berkata wujud kemusyikilan mengapa harus dilanjutkan tarikh tutup tender berkenaan kerana ia bukanlah projek besar yang proses menentukan sebutharga yang sesuai memakan masa yang begitu lama.

Beliau berkata diharap jangka masa yang panjang itu tidak akan memberi kelebihan kepada mereka  yang menghantar lewat permohonan dalam menentukan sebutharga yang dikehendaki oleh  MPK.
    
Mengenai nilai tender projek itu, beliau berkata ia melibatkan 75 kawasan di dalam pentadbiran MPK  dan nilai kontrak landskap  bagi satu kawasan di antara RM70,000 sehingga RM80,000 setahun.

sumber: malaysiakini.com

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: