Tiada ijazah, kenapa Rosmah dilantik Canselor Unisel?

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) – Perlantikan isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) dipersoal dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor baru-baru ini. Unisel ditubuhkan dan dimiliki oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad, sebuah syarikat milik kerajaan negeri Selangor pada tahun 1999 dan merupakan universiti pertama yang dimiliki oleh kerajaan negeri.

Isu itu dibangkitkan oleh Adun Kampung Tunku, Lau Weng San ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2008 baru-baru ini yang mahu memberi perhatian kepada kualiti barisan kepimpinan Unisel yang amat penting untuk melahirkan graduan-graduan yang berkualiti.

Beliau tertarik dengan hala tuju Unisel untuk tahun akan datang di mana beliau berpendapat potensi universiti ini perlu dikembangkan dengan segera agar negeri Selangor dapat melahirkan sumber manusia yang berkualiti tinggi.

Katanya, beliau begitu prihatin terhadap barisan kepimpinan Unisel yang dianggotai oleh individu-individu yang tidak mempunyai kelayakan akademi yang diperlukan untuk memimpin Universiti.

“Contohnya perlantikan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Timbalan Perdana Menteri sebagai Canselor Unisel.

“Beliau tidak mempunyai sebarang Ijazah Kedoktoran Falsafah langsung. Saya ingin bertanya sama ada barisan pengurusan tertinggi Unisel akan diganti dengan golongan akademik berwibawa,” katanya ketika berucap di Sidang Dun.

Sebelum itu beliau yang juga Setiausaha DAP Selangor turut mendedahkan laporan bahawa terdapat seramai 42 mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang pernah menjadi calon pro-BN yang menginap di sebuah hotel empat bintang di Petaling Jaya sebagai sebahagian daripada tanda terima kasih pihak kerajaan.

Mahasiswa-mahasisiwi tersebut menyertai pilihan raya kampus yang berlangsung pada 21 September 2006 yang lalu.

Laporan itu juga menyatakan bahawa pejabat Menteri Besar Selangor pada masa itu telah menjelaskan bil yang berjumlah lebih daripada RM5,000 untuk calon-calon yang menginap di 32 bilik termasuk beberapa bilik eksekutif di tingkat tertinggi hotel tersebut dan dalam masa sama menjamu selera di restoran hotel tersebut.

“Saya meminta Menteri Besar dapat menyiasat perkara ini biarpun jumlah wang yang terlibat adalah sedikit kerana walau macam mana sedikitpun, wang ini tetap merupakan wang rakyat negeri Selangor,” katanya.

sumber:

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=014838&Itemid=28

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: