HADIAH KERAJAAN KEMENANGAN PILIHANRAYA KE-12

40% increase in his income 

Smile,Smile,Smile :41% increase in his income

Pengumuman Kerajaan Barisan Nasional akan kenaikan harga petrol kepada RM 2.70 seliter dan harga diesel kepada RM 2.58 seliter semalam amat memeranjatkan rakyat Malaysia

Kenaikan mendadak ini tidak akan menjejaskan permintaan Minyak dunia sekiraanya Negara  China tidak berbuat demikian dengan kadar yang segera. Inflasi Negara akan berlibat ganda dalam tempuh yang singkat manakala kadar Jenayah juga akan meningkat. Pasaran Eksport barangan buatan Malaysia telah terjejas akibat penurunan dollar Amerika, kini menghadapi cabaran yang lebih teruk. 

Memandangkan “disposable Income” menurun permintaan dalam negeri untuk sektor bukan asas dijangka turut terjejas akibat keputusan mendadak ini.

Apakah ertinya penjimatan RM 4.0 billion kepada Kerajaan apabila keuntungan PETRONAS hampir RM46 billion.  Berdasarkan suatu kajian antarabangsa Kos Angkat “Lifting Cost” iaitu Kos untuk mengeluarkan Minyak dari sumber ke permukaan ialah US$5.26 / tong di Timur Tengah. Petronas melaporkan Jualan Minyak mentah 192.4 million Tong dalam tahun 2007 dengan Jualan RM 45.4 billion, bermakna keuntungan kasar hampir RM37.0 billion dari penjualan Minyak Mentah sahaja.

Apakah ini hadiah kerajaan kerana Kemenangan dalam pilihanraya umum yang lepas. Meraka suka sangat menaikan harga daripada mencari penyelesaian jangka panjang.

MALAYSIA BOLEH , PAK LAH LAGI BOLEH.

CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG

 

 

 

 

 

 

 

2 Responses

  1. Keputusan tergopoh-gapah seperti bubarkan parlimen and adakan PRU12. Sudah terkena masih belum terasa.

    Penganalisa menjangka permintaan minyak dunia menurun tahun ini . Lebih-lebih lagi keadaan sekarang kerana spekulasi sahaja.

    Jika China menaikan harga sedikit, harga permintaan akan turun mendadak.

    sudah tahu, inflasi akan naik kenapa tak umum langkah pembaikan .

    Kenapa tak galakan penggunaan gas asli, keluar kereta pakai NGV, naikan pam NGV. Kawal harga elektrik.

    Langkah AAB sebagai untungkan satu dua pihak sahaja.

  2. PULAU PINANG, 5 Jun (Hrkh) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi seolah-olah ‘mengorek kubur sendiri’ berikutan pengumumanya berhubung kenaikan minyak petrol 78 sen seliter iaitu kenaikan mendadak 41 peratus yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara kata Exco Angkatan Muda KeAdiLan Malaysia, Zulkipli Ibrahim.
    Beliau menegaskan, padah bagi rakyat negara ini yang masih memilih Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu.
    “Kita dah kata jangan pilih BN tapi ramai terutamanya orang Melayu masih tidak percaya. Kenaikan itu adalah hadiah paling istimewa yang BN anugerahkan,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Harakahdaily semalam.
    Beliau yakin inilah kenaikan terakhir pengumuman oleh Perdana Menteri ke lima negara kerana selepas ini beliau hanya duduk di kerusi pembangkang.
    Pemerintahan yang lemah menjadi sebab utama kenapa rata-rata rakyat menolak kepimpinan ‘tiga beranak’ itu.
    Kenaikan harga minyak yang terlampau tinggi sudah tentunya memberi impak kepada kos saraan hidup rakyat tambahan lagi rakyat yang berpendapatan rendah, katanya.
    “Di mana perginya pertimbangan Perdana Menteri untuk membantu rakyat yang sedia menderita. Apakah itu manisfesto BN,” tanyanya.
    Kenaikan 30 sen dulu pun sambung Zulkipli, rakyat masih belum mampu menyara kehidupan berbanding pula dengan kenaikan sekali lagi pada awal penggal pemerintahan BN.
    Tegas beliau, kenaikan itu sekali gus menafikan kepentingan nelayan, petani, tukang kebun, pekerja kilang atau pemandu teksi ekoran mereka antara golongan yang paling tertindas setelah tindakan kerajaan semalam.
    “Cukuplah BN menipu rakyat bila menang pilihan raya umum lalu. Mereka begitu berani mengumumkan satu keputusan yang nyata menimbulkan kemarahan rakyat walaupun kemenangan mereka bergantung harap pada BN di Sabah dan Sarawak sahaja,” jelasnya yang yakin Pakatan Rakyat (PR) akan berjaya memegang tampuk pemerintah dalam masa terdekat. – mns

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: